Amukan jiwa seorang insan,
Dalam kepayahan untuk melafazkan,
Ilham yang penuh dengan kesengsaraan,
Sebuah coretan nama seorang insan,
Yang tercipta namun punya perbedaan,
Antara jasad dan kerohanian,
Isi hati yang penuh dengan perbedaan,
Fahaman jiwa yang penuh persoalan,
Untuk diluahkan dalam pelbagai kesukaran,
Lampiran kehidupan pelbagai perjalanan,
Akar bagaikan mencengkam jasad seorang insan,
Menghentikan segala persiapan,
Retakan demi retakan memenuhi kehidupan,
Itulah yang berlaku pada seorang insan,
Empayar seorang jejaka,
No comments:
Post a Comment