ini adlh daripada salah satu subjek yg saya ambil semester ni,tiap2 minggu kmi di kehendaki menghantar kajian kes kmi untuk subjek perniagaan antarabangsa. dan ini adalah kemahiran membuat keputusan secara rasional,perkara pertama yang perlu dilakukan adlh membuat rumusan kes,
Rumusan Kes
-merumuskan kajian kes
-kepanjangan-tidak melebihi drpd 1 muka surat
Menyatakan Masalah
-senaraikan semua mslh
-bezakan mslh dgn simptom
-nyatakan masalah dengan mengaitkan dgn mslh d dalam kes dan melihatnya dari segi konsep
Strategi Alternatif
-mencari cara alternatif untuk menyelesaikan masalah
-pilih salah satu penyelesaian yg terbaik dari 3-4 penyelesaian
-alternatif-mesti menyelesaikan masalah
-bezakan di antara bagaiamana nak selesaikan masalah dan tindakan untuk menyelesaikan masalah
-jelaskan setiap alternatif:setengah mukasurat
Menilai Strategi Alternatif
-menentukan ciri2 yg diperlukan untuk menyelesaikan mslh
-jika cara tersebut digunakan,apakah kesan positif dan negatif
-menilai setiap langkah
Strategi Terbaik dan Sebab2 Munasabah
-pilih strategi terbaik
-strategi terbaik mungkin adalah gabungan strategi
-nyatakan dan berikan sebab mengapa ianya strategi terbaik
-nyatakan juga kekuatan dan kelemahan strategi tersebut
Implimentasi
-nyatakan kesan jangka pendek dan panjang
-jelaskan langkah satu persatu
-pada jangka masa panjang,selesaikan semua masalah
-bagaimana untuk memastikan masalah tersebut xkan berulang
Ini la panduan kami tiap2 minggu membuat kerja kajian kes,terdapat 6 kajian kes dan tiap2 minggu ada kumpulan yang akan membentangkan kes yang di beri. pada awalnya kami berasa susah kerana agak sukar,lama kelamaan kami telah menjadi biasa membuat kajian kes ini, sebenarnya kajian kes ini amat baik kerana ia membolehkan pelajar berfikir(brainstorming) dan menilai keputusan yang akan dibuat(dengan kata lain kes ini membantu pelajar mengembangkan fikiran mereka). akan tetapi,di alam pekerjaan dan dunia nyata,x semua langkah yang dilaksanakan akan berjaya,kerana di dunia nyata banyak faktor dan elemen yang kita tidak dapat jangkakan,akan tetapi kita boleh bersedia jika ianya berlaku(xla gelabah sngt).
p/s: pada awalnya membuat kajian kes ni amat sukar,pada kali kedua ianya menjadi mudah,akan tetapi,pada kali ketiga dah menjadi bosan pula, kes ini ada 6 kajian kes,dan pada masa menulis tulisan ni kami baru membuat kajian kes yang ke-empat,sungguh membosankan.
No comments:
Post a Comment